Objektif Sistem eAduan
Sistem ini dibangunkan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada seluruh rakyat Kelantan untuk menyalurkan maklumat secara rasmi, telus dan efektif.
Perkhidmatan
Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan lebih efektif dan efisiensi.
Komunikasi
Mewujudkan komunikasi dua hala secara interaktif di mana pengguna dapat mengemukakan aduan secara terus.
Mutu dan Kualiti
Meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang mampu memenuhi kehendak dan ekspektasi pengguna.
Penyelesaian
Meningkatkan kadar penyelesaian aduan yang diterima daripada orang awam ke arah yang lebih proaktif.
Isu-Isu
Mengesan isu-isu setempat yang boleh menjadi punca aduan orang awam secara tangkas dan tepat.
Celik IT
Menggalakkan penggunaan ICT sekaligus meningkatkan budaya celik IT dalam kalangan rakyat Kelantan.
Kategori Aduan Utama
Bagi memastikan aduan anda dapat diuruskan dengan pantas, sila kenal pasti dan pilih kategori yang tepat sebelum menghantar aduan kepada pihak kami.
Infrastruktur & Kemudahan
Aduan berkaitan kerosakan jalan berlubang, lampu jalan tidak berfungsi, sistem perparitan tersumbat, dan kemudahan asas awam.
Kebersihan & Alam Sekitar
Isu seperti kelewatan kutipan sisa pepejal (sampah), pembuangan sampah haram, pencemaran sungai, dan pembakaran terbuka.
Kacau Ganggu
Laporan mengenai kacau ganggu awam termasuk haiwan terbiar (anjing/lembu), pencemaran bunyi bising, dan aktiviti yang mengganggu ketenteraman.
Penyelenggaraan Fasiliti
Keadaan fasiliti awam yang memerlukan penyelenggaraan seperti taman permainan kanak-kanak, dewan orang ramai, dan tandas awam.
Pelesenan & Perniagaan
Aduan berkaitan penjaja tanpa lesen, struktur perniagaan yang menghalang laluan awam, dan isu-isu pelanggaran syarat perniagaan.
Lain-lain Isu
Sebarang aduan umum, maklum balas, atau isu-isu kesejahteraan awam yang tidak tertakluk dalam kategori khusus di atas.